Pages

Thursday 24 November 2011

POSTER

  1. Merupakan satu reka bentuk komunikasi visual yang berfungsi untuk menyampaikan mesej daripada gabungan pelbagai idea.
  2. Ia digunakan sebagai elemen dalam promosi,kempen,informasi dan sebagainya.
  3. Maklumat dan informasi yang disampaikan adalah mudah,cepat dan mudah difahami oleh orang ramai.




Contoh poster




Sumber:Dipetik daripada buku Ace Ahead

TIPOGRAFI

  1. Tipografi adalah seni memilih dan mengatur huruf atau muka taip .
  2. Ia amat penting memandangkan kebanyakan rekaan grafik menggunakan muka taip.Contohnya poster,ilustrasi,risalah,iklan,papan tanda dan sebagainya.
  3. Pemilihan dan penyusunan muka taip adalah penting agar ia kelihatan harmoni dan mempunyai kesan visual yang ditetapkan.


ANATOMI HURUF DAN RUPA HURUF

  • Terdapat 3 bahagian penting dalam huruf,iaitu asender atau tiang atas,badan huruf dan desender atau tiang bawah huruf.








Jenis-jenis muka taip

  1. Muka taip dibahagikan kepada 4 kumpulan,iaitu muka taip serif,sans serif,kursif dan dekoratif.
  • Muka taip serif
  1. mempunyai serif,bahagian hujung yang halus dan melengkung pada atas dan bawah.
  2. sesuai digunakan untuk majalah,risalah dan sebagainya.
  3. dikenali juga sebagai muka taip klasik.
  4. contoh muka taip seri ialah Century Schoolbook,Times New Roman dan Book Old Style.







  • Muka taip sans serif
  1. muka taip sans serif tidak mempunyai serif
  2. corak hurufnya tegak dan melintang
  3. mudah dibaca
  4. sesuai digunakan untuk teks,poster dan iklan papan tanda







  • Muka taip kursif
  1. merupakan tulisan berbentuk tulisan tangan 
  2. tulisan  yang halus beransur-ansur menjadi tebal 
  3. sesuai digunakan untuk kad ucapan dan kad jemputan 
  4. juga dikenali sebagai muka taip skrip
  5. contoh muka taip kursif ialah Monotype Corsiva,French Script MT dan Garamon.















  • Muka taip dekoratif
  1. dihiasi hiasan dan gaya
  2. sesuai digunakan untuk kad ucapan,kad jemputan dan cenderamata
  3. contoh muka taip dekoratif ialah Jokerman,Ravie dan Chiller.






Sumber:Dipetik daripada buku Ace Ahead dan senivisual1.blogspot.com

MASKOT

  1. Maskot adalah satu objek yang dijadikan lambang sesuatu acara rasmi dan sering digunakan dalam acara sukan dan rancangan televisyen kanak-kanak.
  2. Maskot haiwan dipilih berdasarkan binatang yang menjadi lambang sesuatu tempat.Contohnya,maskot singa untuk Piala Dunia 2006 di Jerman dan lain-lain lagi.
  3. Reka bentuk maskot digayakan dalam bentuk perlakuan dan aktiviti sesuatu acara.
  4. Ciri-ciri maskot ialah :
  • Digunakan untuk acara tertentu dan bukan pakaian harian.
  • Mempunyai identiti sesuatu tempat.
  • Hasil seni bukan untuk komersil.
  • Keaslian




Contoh maskot binatang









Sumber:Dipetik daripada buku Ace Ahead

GRAFIK

  • Reka bentuk grafik adalah proses komunikasi visual yang mengabungkan teks dan ilustrasi yang membentuk logo,grafik,risalah poster,kulit buku,buletin dan lain-lain lagi.
  • Grafik adalah gambaran analogik(bukan fotografi) dua dimensi(2-D) untuk menyampaikan mesej tertentu kepada pemerhati.
  • Contoh grafik dapat diperjelaskan melalui pengiklanan,percetakan,penerbitan dan papan iklan digital.


SEJARAH PERKEMBANGAN GRAFIK


  • Grafik telah wujud sekitar 15000-1000 S.M. di mana orang Roman telah menggunakan gambar di atas dinding gua sebagai bahasa visual.
  • Pada tahun 1880,akhbar pertama New York Daily banyak menggunakan elemen grafik dalam teknologi baru iaitu memasukkan elemen fotografi.
  • Pada tahun yang sama,poster ilustrasi berwarna dihasilkan dan dilekatkan di sekitar bandar di Amerika Syarikat dan Eropah.
  •  Pada tahun 1890 hingga 1930,kumpulam Avant Garde telah memperkenalkan istilah Art Nouveu yang mempelopori seni huruf.
  • Perkembangan teknologi masa kini telah merancakkan lagi perkembangan reka bentuk grafik dan tidak terhad kepada percetakan.


BIDANG GRAFIK


Bidang grafik terbahagi kepada 7 reka bentuk iaitu:

  1. Reka bentuk korporat
  2. Reka bentuk papan peraga(Billboard)
  3. Reka bentuk pembungkusan 
  4. Reka bentuk penerbitan umum
  5. Reka bentuk digital
  6. Reka bentuk papan tanda
  7. Logo


REKA BENTUK KORPORAT


  1. Merupakan keperluan korporat seperti kepala surat,logo,kad perniagaan,tanda nama yang merujuk kepada identiti sesebuah syarikat.
  2. Ia melambangkan perkhidmatan dan produk yang diperkenalkan oleh organisai tertentu.


Logo korporat



REKA BENTUK PAPAN PERAGA
  1. Reka bentuk ini melibatkan rekabentuk papan tanda,sepanduk,poster,risalah dan lain-lain.
  2. Reka bentuk papan tanda dan komunikasi adalah rekaan visual yang bertujuan untuk mempertingkatkan promosi dan jualan sesuatu produk yang ditawarkan.

Contoh cetakan papan iklan


REKA BENTUK PEMBUNGKUSAN 
  1. Merupakan reka bentuk yang bertujuan untuk melindungi dan memelihara sesuatu produk di dalamnya.
  2. Contoh  pembungkusan ialah kotak pembungkus,botol,plastik,tin dan sebagainya.
  3. Pembungkusan yang direka bentuk hendaklah mementingkan kesesuaian benda yang dilindungi dan memastikan benda di dalamnya dapat dilindungi dengan baik.

Contoh pembungkusan


REKA BENTUK PENERBITAN UMUM
  1. Reka bentuk penerbitan umum merujuk kepada reka bentuk penerbitan seperti buku,majalah,surat khabar,laporan dan pelbagai bentuk penerbitan umum.

Contoh reka bentuk kulit buku


REKA BENTUK DIGITAL
  1. Reka bentuk yang menggunakan teknologi paparan elektronik dalam penghasilan.
  2. Reka bentuk digital adalah merupakan salah satu reka bentuk visual yang penting pada masa kini.
  3. Perkembangan teknologi terkinitelah memainkan peranan penting di dalam penghasilan reka bentuk digital.
  4. Reka bentuk digital meliputi reka bentuk media elektronik seperti laman web,animasi,video dan multimedia.

REKA BENTUK PAPAN TANDA
  1. Merujuk kepada reka bentuk tand arah bangunan atau tanda jalan seperti di jalan raya.
  2. Contohnya tanda arah di dalam kompleks membeli-belah untuk menunjukkan tanda lif,tangga dan tandas.




















Sumber:Dipetik daripada buku Ace Ahead

ARCA

  • Seni arca merupakan panghasilan seni yang bersifat tiga dimensi.Seni arca merupakan hasil karya yang boleh diamati dalam ruang realiti atau ruang sebenar.
  • Arca wujud di antara pemerhati dengan ruang realiti.
  • Arca boleh diamati pada ruang 360 darjah,contohnya pada bahagian hadapan ,atas dan dalam.
  • Arca terdiri daripada 2 jenis iaitu :
  1. Arca berfungsi  :  hasil seni yang berbentuk tiga dimensi yang dapat digunakan oleh manusia untuk tujuan tertentu.Penghasilannya menekankan kepada fungsi atau kegunaan sesuatu.Contohnya ialah labu sayung untuk mengisi air,tugu negara sebagai peringatan,batu nesan untuk menanda kubur dan keris untuk senjata atau upacara ritual.

Contoh arca berfungsi :



    2.  Arca estetika : penghasilan arca estetika menekankan aspek keindahan dan
       menyampaikan sesuatu mesej kepada audien seni.Biasanya arca astetika 
       diletakkan di di galeri atau tempat yang sesuai atau mudah dilihat audiens.
       Contohnya,di tempat awam seoerti di taman atau laman tertentu.










Sumber:Dipetik dari buku Ace Ahead

SENI CETAK

  1. Seni cetak ialah proses menghasilkan karya atau imej yang sama berulang kali.
  2. Seni cetak dalam penghasilan karya memerlukan proses tertentu untuk menghasilkan karya.
  3. Penghasilan ulangan cetakan disebut edisi dan dikira sebagai karya asli.


SEJARAH CETAKAN

  1. Proses penghasilan cetakan terawal dihasilkan daripada cetakan kayu yang dipercayai bermula pada abad ke-7 Masihi di China.
  2. Penggunaan warna dalam seni cetakan bermula pada abad ke-15.
  3. Sejarah cetakan di Malaysia telah dibawa dari China ke Singapura pada tahun 1940-an. Teknik cetakan telah dibawa masuk ke Singapura melalui Nanyang Akademi. Rakyat Malaysia yang belajar di institut seni di Singapura telah mempelopori teknik seni cetakan dan diperluaskan di Malaysia.
  4. Seni cetakan kurang berkembang kerana kurang individu yang berkemahiran dan peralatan yang diperlukan.
  5. Pada akhir tahun 1950-an,beberapa individu yang pulang dari pengajian seni di England telah pulang dan membawa balik teknik penghasilan seni cetakan(contoh: teknik cetakan gurisan asid dan cetakan kayu)
  6. Awal tahun 1960-an,teknik cetakan telah dimasukkan ke dalam sukatan mata pelajaran seni lukis secara rasmi di institusi perguruan.
  7. Seterusnya,diperluaskan ke sekolah-sekolah dan individu-individu yang bergiat aktif dalam menghasilkan pelbagai karya seni cetakan menggunakan pelbagai teknik.

JENIS-JENIS CETAKAN

Cetakan terbahagi kepada 4 jenis iaitu :
  • Cetakan timbulan
  • Cetakan benam/intaglio
  • Cetakan stensil/serigraphy
  • Cetakan planografi/litografi

Cetakan Timbulan

  • Cetakan timbulan ialah proses mengukir ke dalam dan meninggalkan bahagian yang timbul untuk diletakkan dakwat dan dicetak.
  • Antara jenis cetakan timbulan ialah :
                               --> Cetakan lino
                               --> Cetakan blok kayu
                               --> Cetakan timbul/kolograf/kolaj


                                              Contoh hasil cetakan lino






       
Contoh hasil cetakan blok kayu dan kolograf




Cetakan Benam/Intaglio
  • Memerlukan plat logam yang diguris menggunakan jarum tajam atau asid untuk menghakis imej yang hendak dicetak untuk mendapatkan kesan benaman pada permukaan.
  • Warna atau dakwat cetakan memerlukan bahagian benaman untuk dakwat melekat dan seterusnya dicetak atas permukaan.
  • Antara kaedah mencetak jenis benam ialah : 
  1. Turisan (engraving)
  2. Gurisan asid (etching)
  3. Akuantin (aquatint)
  4. Mesotin (mezzotint)



Cetakan Planografi atau Litografi

  • Diperkenal dan dikembangkan proses penghasilan oleh seorang rakyat dari Jerman yang bernama Aloy Senefelder. Beliau telah memperkenalkan teknik seni cetakan planografi pada tahun 1798.
Teknik Penghasilan
  1. Cetakan datar menggunakan blok batu kapur sebagai blok untuk menghasilkan imej cetakan.
  2. Proses cetakan ini menggunakan kaedah yang dinamakan litografi.
  3. Teknik penolakan minyak dengan air.Permukaan imej yang telah dilukis menggunakan krayon minyak dan disapu dengan gam arab yang dicampur dengan asid nitrit.
  4. Kekalisan antara air dengan minyak dapat menghasilkan cetakan seakan-akan lukisan pensel.
  5. Cetakan dihasilkan menggunakan mesin penggelek untuk cetakan.



Cetakan stensil/serigraphy

  • Menggunakan pemidang kain sutera saring untuk mencetak imej.Imej yang dihasilkan adalah lebih tepat dan penghasilan cetakannya mempunyai rupa atau bentuk yang lebih kemas berdasarkan imej asal yang didedahkan atau expose.
  • Cetakan stensil boleh menggunakan potongan kertas/plastik yang ditebuk dan disapukan/diletakkan dakwat pada bahagian ditebuk.Imej yang terhasil pada permukaan yang dicetak adalah berdasarkan rupa yang ditebuk.
  • Cetakan stensil juga boleh menggunakan potongan kertas/plastik yang ditebuk dan dijadikan panduan atau contoh dasar (template).Imej yang terhasil dari permukaan yang dicetak adalah berdasarkan rupa yang ditebuk pada permukaan panduan atau contoh dasar (template).
Antara bahan-bahan cetakan yang digunakan adalah :
  1. Kain sutera saring 
  2. Pemidang 
  3. Imulsi(cecair kimia)
  4. Sekuji(squeege)
  5. Kain atau kertas
  6. Kotak lampu/light box








Sumber:Dipetik daripada buku Ace Ahead

Wednesday 23 November 2011

CATAN

CATAN

  • Catan adalah salah satu hasil seni yang menggunakan media basah dan disapukan pada sesuatu pemukaan.
  • Media basah terdiri daripada cat seperti cat akrilik,cat poster,cat minyak dan cat gouce. Biasanya permukaan bagi penghasilan catan adalah kertas atau kanvas.
  • Walau bagaimanapun,penghasilan catan tidak terbatas di atas kertas dan kanvas. Contohnya, bagi seni catan kontemporari pelbagai permukaan boleh digunakan sedperti pada permukaan kayu atau besi.
SEJARAH RINGKAS CATAN

  1. Penghasilan catan awal telah dijumpai di dinding gua yang dihasilkan oleh manusia pada zaman purba lagi.
  2. Penggunaan materialnya adalah dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi yang dicampur dengan air dan disapukan pada permukaan dinding gua.
  3. Penghasilan catan moden di negara Eropah bermula sejak zaman Renaissance, iaitu pada abad ke-14 lagi. Ia merupakan zaman kemunculan penghasilan catan di Eropah. Ia menunjukkan negara-negara Eropah sudah pun mempelopori seni catan sejak sekian lama.
  4. Di Malaysia, seni catan mula berkembang pada awal abad ke-19. Ia dimulakan oleh pelukis-pelukis Malaysia yang telah mendapat pendidikan di Institut Pengajian Seni di negara-negara Barat.
PENGGUNAAN MEDIA CATAN

















TEKNIK-TEKNIK CATAN

Teknik catan cat air
                                            Teknik basah atas basah

Campuran warna yang basah disapu atas permukaan kertas yang basah dan sesuai untuk menampakkan kesan air atau awan.
         
                 



                                              Teknik basah atas kering

Warna yang basah disapu atas permukaan yang sudah kering dan untuk menampakkan jalinan imej lut sinar pada sesuatu permukaan atau imej.

           


                                               Teknik kering atas kering

  1. Warna disapu tanpa campuran air atau campuran air yang sedikit di atas permukaan yang mempunyai warna yang sudah kering.
  2. Campuran warna yang agak pekat atau likat.
  3. Untuk menampakkan kesan jalinan pada sesuatu objek.
  4. Kesan legap.






Teknik catan cat minyak

                                                     Teknik impasto

Menggunakan warna yang tebal dan menimbulkan kesan jalinan pada permukaan.
                     

                                                      


                                          Teknik sapuan tepat/hard edge


Menpunyai gubahan yang teratur dan mempunyai batas sapuan warna yang kemas dan tepat.Catan kelihatan seolah-olah dipotong dan biasanya pengkarya menggunakan masking tape untuk memisahkan warna-warna yang disapu.

              



                                               Teknik titik/ pointilisme

Sapuan warna terhasil mempunyai gabungan warna dari titik-titik kecil.Titik-titik warna yang berdekatan seolah-olah bercampur melalui mata audien.
               

                                                      



                                               Teknik kilatan/ glazing

Sapuan warna yang nipis dan dihasilkan lapisan demi lapisan dan mempunyai kesan lut sinar.

                 




                                             Teknik melembut/ scumbling


Menggunakan warna yang sederhana tebal dan mempunyai kesan sapuan warna yang memberi permukaan jalinan yang lembut.

            





                                                   Teknik Alla Prima

Menggunakan warna terus daripada tiup tanpa mencampur dengan warna lain.Warna yang kurang natural,sapuan warna biasanya rata dan menggunakan warna yang agak terang.


              









Sumber: Dipetik daripada buku Ace Ahead
                                                 

PENGKARYAAN : SENI HALUS

LUKISAN

  1. Lukisan ialah salah satu aktiviti penghasilan karya dalam bidang seni halus.
  2. Biasanya lukisan menggunakan media kering untuk menghasilkan karya.
  3. Penghasilan lukisan bertujuan untuk mengkaji struktur bentuk subjek atau imej yang dilukis secara teliti.
  4. Lukisan juga boleh menyatakan luahan emosi,keintelektualan dan spiritual manusia.
SEJARAH LUKISAN
  1. Lukisan awal telah dijumpai di dinding-dinding gua yang dihasilkan oleh manusia pada zaman purba.
  2. Kebanyakan lukisan yang dijumpai adalah berkisarkan tentang kehidupan seharian seperti perburuan dan pengembaraan.
  3. Di Malaysia lukisan pada gua telah dijumpai di Gua Niah,Sarawak dan Gua Tambun,Perak.
  4. Kebanyakan karya lukisan di dinding gua menggunakan gaya yang sama iaitu imej binatang digambarkan dengan pelbagai kualiti garisan ringkas membentuk binatang perburuan,komposisi yang hampir sama,iaitu memanjang dan berkumpulan serta menggambarkan palbagai bimatang yang mungkin hasil perburuan mereka pada zaman itu.
MEDIA
  1. Media dominan ialah media kering seperti pensel dan arang untuk mendapatkan kesan rupa dan bentuk ilusi pada sesuatu permukaan.
  2. Lukisan juga boleh dihasilkan melalui campuran media kering dan campuran media basah.Contohnya,warna pensel dan warna air.
  3. Penggunaan media basah seperti warna air juga boleh digunakan tetapi penggunaannya adalh secara terhad dan minimum.
Contoh pelbagai jenis media untuk menghasilkan lukisan :

TUJUAN PENGHASILAN

  1. Mengkaji struktur sesuatu benda dengan lebih terperinci menggunakan aplikasi unsur dan prinsip seni reka.
  2. Gambaran awal atau gambaran ringkas sebelum penghasilan imej akhir.
  3. Menerusi lukisan juga boleh dijadikan sebagai sindiran atau komentar sosial dalam sesebuah masyarakat dan ia dapat mempengaruhi psikologi manusia.
JENIS LUKISAN


















Monday 21 November 2011

PENGERTIAN SENI VISUAL

Seni  adalah suatu ciptaan atau atau ekspresi terhadap sesuatu yang dianggap indah. Ia memenuhi keperluan-keperluan naluri ekstetik dan fizikal manusia yang dipengaruhi oleh faktor-faktor :

  • keagamaan
  • kebudayaan
  • ruang
  • masa
MAKSUD SENI

  1. Mengikut Kamus Pelajar Bahasa Malaysia,terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka(1988),"Seni bermaksud kecil sekali,halus,molek atau elok,kecekapan atau kepandaian membuat sesuatu yang indah-indah".
  2. Berdasarkan Ensiklopedia Malaysiana (1996:453),"Seni ialah sesuatu yang indah pada pandangan pancaindera manusia sama ada melalui penglihatan atau pendengaran".
  3. Mengikut Ibn. Khaldun "seni itu adalah kebenaran,keindahan dan kebaikan di mana di dalamnya terkandung ciri-ciri estetika dan logika".

KEINDAHAN


SENI VISUAL

  1. Visual--bermaksud sesuatu yang nampak atau tampak.Kita sebagai manusia menggunakan deria mata untuk melihat atau nampak akan sesuatu.
  2. Setiap hasil kerja seni dalam penghasilan seni visual memerlukan kombinasi unsur seni dan prinsip rekaan.

  • unsur seni--ialah garisan,warna,rupa,jalinan,bentuk dan ruang.
  • prinsip seni reka ialah harmoni,penegasan,kontra,imbangan,     kepelbagaian,irama dan pergerakan serta kesatuan. 
Karya Seni Visual

  1. Penghasilan seni visual melibatkan penggunaan pelbagai jenis penggunaan media.
  2. Penghasilan karya seni melibatkan penggunaan:       
  3.  Media--bahan atau bahantara yang digunakan dalam penghasilan sesuatu karya.Contohnya,catan menggunakan bahantara atau media cat air untuk penghasilannya.  
  4.  Teknik--kaedah atau cara yang digunakan untuk membentuk dan mengolah media.Berfungsi dalam membentuk dan menghasilkan imej pada karya seni yang dihasilkan.
  5. Hasil seni visual terbahagi kepada 2 bentuk penghasilan karya iaitu hasil ciptaan berbentuk dua dimensi dan tiga dimensi.