- Catan adalah salah satu hasil seni yang menggunakan media basah dan disapukan pada sesuatu pemukaan.
- Media basah terdiri daripada cat seperti cat akrilik,cat poster,cat minyak dan cat gouce. Biasanya permukaan bagi penghasilan catan adalah kertas atau kanvas.
- Walau bagaimanapun,penghasilan catan tidak terbatas di atas kertas dan kanvas. Contohnya, bagi seni catan kontemporari pelbagai permukaan boleh digunakan sedperti pada permukaan kayu atau besi.
- Penghasilan catan awal telah dijumpai di dinding gua yang dihasilkan oleh manusia pada zaman purba lagi.
- Penggunaan materialnya adalah dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi yang dicampur dengan air dan disapukan pada permukaan dinding gua.
- Penghasilan catan moden di negara Eropah bermula sejak zaman Renaissance, iaitu pada abad ke-14 lagi. Ia merupakan zaman kemunculan penghasilan catan di Eropah. Ia menunjukkan negara-negara Eropah sudah pun mempelopori seni catan sejak sekian lama.
- Di Malaysia, seni catan mula berkembang pada awal abad ke-19. Ia dimulakan oleh pelukis-pelukis Malaysia yang telah mendapat pendidikan di Institut Pengajian Seni di negara-negara Barat.
PENGGUNAAN MEDIA CATAN
TEKNIK-TEKNIK CATAN
Teknik catan cat air
Teknik basah atas basah
Campuran warna yang basah disapu atas permukaan kertas yang basah dan sesuai untuk menampakkan kesan air atau awan.
Teknik basah atas kering
Warna yang basah disapu atas permukaan yang sudah kering dan untuk menampakkan jalinan imej lut sinar pada sesuatu permukaan atau imej.
Teknik kering atas kering
- Warna disapu tanpa campuran air atau campuran air yang sedikit di atas permukaan yang mempunyai warna yang sudah kering.
- Campuran warna yang agak pekat atau likat.
- Untuk menampakkan kesan jalinan pada sesuatu objek.
- Kesan legap.
Teknik catan cat minyak
Teknik impasto
Menggunakan warna yang tebal dan menimbulkan kesan jalinan pada permukaan.
Teknik sapuan tepat/hard edge
Menpunyai gubahan yang teratur dan mempunyai batas sapuan warna yang kemas dan tepat.Catan kelihatan seolah-olah dipotong dan biasanya pengkarya menggunakan masking tape untuk memisahkan warna-warna yang disapu.
Teknik titik/ pointilisme
Sapuan warna terhasil mempunyai gabungan warna dari titik-titik kecil.Titik-titik warna yang berdekatan seolah-olah bercampur melalui mata audien.
Teknik kilatan/ glazing
Sapuan warna yang nipis dan dihasilkan lapisan demi lapisan dan mempunyai kesan lut sinar.
Teknik melembut/ scumbling
Menggunakan warna yang sederhana tebal dan mempunyai kesan sapuan warna yang memberi permukaan jalinan yang lembut.
Teknik Alla Prima
Menggunakan warna terus daripada tiup tanpa mencampur dengan warna lain.Warna yang kurang natural,sapuan warna biasanya rata dan menggunakan warna yang agak terang.
Sumber: Dipetik daripada buku Ace Ahead
thanks dear
ReplyDeleteSangat membantu
ReplyDeletesangat membantu
ReplyDeleteTerima kasih. Nota yang sngt membantu
ReplyDelete😊
ReplyDeleteNak tanya a)mengapa catan lebih penting daripada lukisan? b)mengapa catan bukan aktiviti popular pada hari ini?
ReplyDeleteSangat membantu
ReplyDeleteteknik yang mana paling senang
ReplyDeletekita perlu fokos kepada tiga teknik yang senang seperti berikut.
Delete1, teknik basah atas basah
2, teknik kering atas basah
3, teknik kering atas kering
bagi saya basah atas basah paling senang
Deletesangat membantu saya dan kawan kawan
ReplyDeleteTerimakasih
ReplyDelete