- Reka bentuk grafik adalah proses komunikasi visual yang mengabungkan teks dan ilustrasi yang membentuk logo,grafik,risalah poster,kulit buku,buletin dan lain-lain lagi.
- Grafik adalah gambaran analogik(bukan fotografi) dua dimensi(2-D) untuk menyampaikan mesej tertentu kepada pemerhati.
- Contoh grafik dapat diperjelaskan melalui pengiklanan,percetakan,penerbitan dan papan iklan digital.
SEJARAH PERKEMBANGAN GRAFIK
- Grafik telah wujud sekitar 15000-1000 S.M. di mana orang Roman telah menggunakan gambar di atas dinding gua sebagai bahasa visual.
- Pada tahun 1880,akhbar pertama New York Daily banyak menggunakan elemen grafik dalam teknologi baru iaitu memasukkan elemen fotografi.
- Pada tahun yang sama,poster ilustrasi berwarna dihasilkan dan dilekatkan di sekitar bandar di Amerika Syarikat dan Eropah.
- Pada tahun 1890 hingga 1930,kumpulam Avant Garde telah memperkenalkan istilah Art Nouveu yang mempelopori seni huruf.
- Perkembangan teknologi masa kini telah merancakkan lagi perkembangan reka bentuk grafik dan tidak terhad kepada percetakan.
BIDANG GRAFIK
Bidang grafik terbahagi kepada 7 reka bentuk iaitu:
- Reka bentuk korporat
- Reka bentuk papan peraga(Billboard)
- Reka bentuk pembungkusan
- Reka bentuk penerbitan umum
- Reka bentuk digital
- Reka bentuk papan tanda
- Logo
REKA BENTUK KORPORAT
- Merupakan keperluan korporat seperti kepala surat,logo,kad perniagaan,tanda nama yang merujuk kepada identiti sesebuah syarikat.
- Ia melambangkan perkhidmatan dan produk yang diperkenalkan oleh organisai tertentu.
Logo korporat
REKA BENTUK PAPAN PERAGA
- Reka bentuk ini melibatkan rekabentuk papan tanda,sepanduk,poster,risalah dan lain-lain.
- Reka bentuk papan tanda dan komunikasi adalah rekaan visual yang bertujuan untuk mempertingkatkan promosi dan jualan sesuatu produk yang ditawarkan.
Contoh cetakan papan iklan
REKA BENTUK PEMBUNGKUSAN
- Merupakan reka bentuk yang bertujuan untuk melindungi dan memelihara sesuatu produk di dalamnya.
- Contoh pembungkusan ialah kotak pembungkus,botol,plastik,tin dan sebagainya.
- Pembungkusan yang direka bentuk hendaklah mementingkan kesesuaian benda yang dilindungi dan memastikan benda di dalamnya dapat dilindungi dengan baik.
Contoh pembungkusan
REKA BENTUK PENERBITAN UMUM
- Reka bentuk penerbitan umum merujuk kepada reka bentuk penerbitan seperti buku,majalah,surat khabar,laporan dan pelbagai bentuk penerbitan umum.
Contoh reka bentuk kulit buku
REKA BENTUK DIGITAL
- Reka bentuk yang menggunakan teknologi paparan elektronik dalam penghasilan.
- Reka bentuk digital adalah merupakan salah satu reka bentuk visual yang penting pada masa kini.
- Perkembangan teknologi terkinitelah memainkan peranan penting di dalam penghasilan reka bentuk digital.
- Reka bentuk digital meliputi reka bentuk media elektronik seperti laman web,animasi,video dan multimedia.
REKA BENTUK PAPAN TANDA
- Merujuk kepada reka bentuk tand arah bangunan atau tanda jalan seperti di jalan raya.
- Contohnya tanda arah di dalam kompleks membeli-belah untuk menunjukkan tanda lif,tangga dan tandas.
Sumber:Dipetik daripada buku Ace Ahead
terima kasih kerana menggunakan buku Ace Ahead untuk sumber rujukan.
ReplyDeleteterima kasih kerana menggunakan buku Ace Ahead untuk sumber rujukan.
ReplyDeleteAda tak penjelasan untuk multimedia dalam bidang komunikasi visual
ReplyDeleteDefinisi bagi logo tiada
ReplyDeleteBut overall great performance
Assalam blh tlg sy? Pertimbangan yang perlu diambil kira oleh peraka gragik ni sama dgn langkah ii ke ?
ReplyDeletesampai tu ja ka?
ReplyDelete