Pages

Wednesday, 23 November 2011

PENGKARYAAN : SENI HALUS

LUKISAN

  1. Lukisan ialah salah satu aktiviti penghasilan karya dalam bidang seni halus.
  2. Biasanya lukisan menggunakan media kering untuk menghasilkan karya.
  3. Penghasilan lukisan bertujuan untuk mengkaji struktur bentuk subjek atau imej yang dilukis secara teliti.
  4. Lukisan juga boleh menyatakan luahan emosi,keintelektualan dan spiritual manusia.
SEJARAH LUKISAN
  1. Lukisan awal telah dijumpai di dinding-dinding gua yang dihasilkan oleh manusia pada zaman purba.
  2. Kebanyakan lukisan yang dijumpai adalah berkisarkan tentang kehidupan seharian seperti perburuan dan pengembaraan.
  3. Di Malaysia lukisan pada gua telah dijumpai di Gua Niah,Sarawak dan Gua Tambun,Perak.
  4. Kebanyakan karya lukisan di dinding gua menggunakan gaya yang sama iaitu imej binatang digambarkan dengan pelbagai kualiti garisan ringkas membentuk binatang perburuan,komposisi yang hampir sama,iaitu memanjang dan berkumpulan serta menggambarkan palbagai bimatang yang mungkin hasil perburuan mereka pada zaman itu.
MEDIA
  1. Media dominan ialah media kering seperti pensel dan arang untuk mendapatkan kesan rupa dan bentuk ilusi pada sesuatu permukaan.
  2. Lukisan juga boleh dihasilkan melalui campuran media kering dan campuran media basah.Contohnya,warna pensel dan warna air.
  3. Penggunaan media basah seperti warna air juga boleh digunakan tetapi penggunaannya adalh secara terhad dan minimum.
Contoh pelbagai jenis media untuk menghasilkan lukisan :

TUJUAN PENGHASILAN

  1. Mengkaji struktur sesuatu benda dengan lebih terperinci menggunakan aplikasi unsur dan prinsip seni reka.
  2. Gambaran awal atau gambaran ringkas sebelum penghasilan imej akhir.
  3. Menerusi lukisan juga boleh dijadikan sebagai sindiran atau komentar sosial dalam sesebuah masyarakat dan ia dapat mempengaruhi psikologi manusia.
JENIS LUKISAN


















Monday, 21 November 2011

PENGERTIAN SENI VISUAL

Seni  adalah suatu ciptaan atau atau ekspresi terhadap sesuatu yang dianggap indah. Ia memenuhi keperluan-keperluan naluri ekstetik dan fizikal manusia yang dipengaruhi oleh faktor-faktor :

  • keagamaan
  • kebudayaan
  • ruang
  • masa
MAKSUD SENI

  1. Mengikut Kamus Pelajar Bahasa Malaysia,terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka(1988),"Seni bermaksud kecil sekali,halus,molek atau elok,kecekapan atau kepandaian membuat sesuatu yang indah-indah".
  2. Berdasarkan Ensiklopedia Malaysiana (1996:453),"Seni ialah sesuatu yang indah pada pandangan pancaindera manusia sama ada melalui penglihatan atau pendengaran".
  3. Mengikut Ibn. Khaldun "seni itu adalah kebenaran,keindahan dan kebaikan di mana di dalamnya terkandung ciri-ciri estetika dan logika".

KEINDAHAN


SENI VISUAL

  1. Visual--bermaksud sesuatu yang nampak atau tampak.Kita sebagai manusia menggunakan deria mata untuk melihat atau nampak akan sesuatu.
  2. Setiap hasil kerja seni dalam penghasilan seni visual memerlukan kombinasi unsur seni dan prinsip rekaan.

  • unsur seni--ialah garisan,warna,rupa,jalinan,bentuk dan ruang.
  • prinsip seni reka ialah harmoni,penegasan,kontra,imbangan,     kepelbagaian,irama dan pergerakan serta kesatuan. 
Karya Seni Visual

  1. Penghasilan seni visual melibatkan penggunaan pelbagai jenis penggunaan media.
  2. Penghasilan karya seni melibatkan penggunaan:       
  3.  Media--bahan atau bahantara yang digunakan dalam penghasilan sesuatu karya.Contohnya,catan menggunakan bahantara atau media cat air untuk penghasilannya.  
  4.  Teknik--kaedah atau cara yang digunakan untuk membentuk dan mengolah media.Berfungsi dalam membentuk dan menghasilkan imej pada karya seni yang dihasilkan.
  5. Hasil seni visual terbahagi kepada 2 bentuk penghasilan karya iaitu hasil ciptaan berbentuk dua dimensi dan tiga dimensi.