Pages

Thursday 24 November 2011

SENI CETAK

  1. Seni cetak ialah proses menghasilkan karya atau imej yang sama berulang kali.
  2. Seni cetak dalam penghasilan karya memerlukan proses tertentu untuk menghasilkan karya.
  3. Penghasilan ulangan cetakan disebut edisi dan dikira sebagai karya asli.


SEJARAH CETAKAN

  1. Proses penghasilan cetakan terawal dihasilkan daripada cetakan kayu yang dipercayai bermula pada abad ke-7 Masihi di China.
  2. Penggunaan warna dalam seni cetakan bermula pada abad ke-15.
  3. Sejarah cetakan di Malaysia telah dibawa dari China ke Singapura pada tahun 1940-an. Teknik cetakan telah dibawa masuk ke Singapura melalui Nanyang Akademi. Rakyat Malaysia yang belajar di institut seni di Singapura telah mempelopori teknik seni cetakan dan diperluaskan di Malaysia.
  4. Seni cetakan kurang berkembang kerana kurang individu yang berkemahiran dan peralatan yang diperlukan.
  5. Pada akhir tahun 1950-an,beberapa individu yang pulang dari pengajian seni di England telah pulang dan membawa balik teknik penghasilan seni cetakan(contoh: teknik cetakan gurisan asid dan cetakan kayu)
  6. Awal tahun 1960-an,teknik cetakan telah dimasukkan ke dalam sukatan mata pelajaran seni lukis secara rasmi di institusi perguruan.
  7. Seterusnya,diperluaskan ke sekolah-sekolah dan individu-individu yang bergiat aktif dalam menghasilkan pelbagai karya seni cetakan menggunakan pelbagai teknik.

JENIS-JENIS CETAKAN

Cetakan terbahagi kepada 4 jenis iaitu :
  • Cetakan timbulan
  • Cetakan benam/intaglio
  • Cetakan stensil/serigraphy
  • Cetakan planografi/litografi

Cetakan Timbulan

  • Cetakan timbulan ialah proses mengukir ke dalam dan meninggalkan bahagian yang timbul untuk diletakkan dakwat dan dicetak.
  • Antara jenis cetakan timbulan ialah :
                               --> Cetakan lino
                               --> Cetakan blok kayu
                               --> Cetakan timbul/kolograf/kolaj


                                              Contoh hasil cetakan lino






       
Contoh hasil cetakan blok kayu dan kolograf




Cetakan Benam/Intaglio
  • Memerlukan plat logam yang diguris menggunakan jarum tajam atau asid untuk menghakis imej yang hendak dicetak untuk mendapatkan kesan benaman pada permukaan.
  • Warna atau dakwat cetakan memerlukan bahagian benaman untuk dakwat melekat dan seterusnya dicetak atas permukaan.
  • Antara kaedah mencetak jenis benam ialah : 
  1. Turisan (engraving)
  2. Gurisan asid (etching)
  3. Akuantin (aquatint)
  4. Mesotin (mezzotint)



Cetakan Planografi atau Litografi

  • Diperkenal dan dikembangkan proses penghasilan oleh seorang rakyat dari Jerman yang bernama Aloy Senefelder. Beliau telah memperkenalkan teknik seni cetakan planografi pada tahun 1798.
Teknik Penghasilan
  1. Cetakan datar menggunakan blok batu kapur sebagai blok untuk menghasilkan imej cetakan.
  2. Proses cetakan ini menggunakan kaedah yang dinamakan litografi.
  3. Teknik penolakan minyak dengan air.Permukaan imej yang telah dilukis menggunakan krayon minyak dan disapu dengan gam arab yang dicampur dengan asid nitrit.
  4. Kekalisan antara air dengan minyak dapat menghasilkan cetakan seakan-akan lukisan pensel.
  5. Cetakan dihasilkan menggunakan mesin penggelek untuk cetakan.



Cetakan stensil/serigraphy

  • Menggunakan pemidang kain sutera saring untuk mencetak imej.Imej yang dihasilkan adalah lebih tepat dan penghasilan cetakannya mempunyai rupa atau bentuk yang lebih kemas berdasarkan imej asal yang didedahkan atau expose.
  • Cetakan stensil boleh menggunakan potongan kertas/plastik yang ditebuk dan disapukan/diletakkan dakwat pada bahagian ditebuk.Imej yang terhasil pada permukaan yang dicetak adalah berdasarkan rupa yang ditebuk.
  • Cetakan stensil juga boleh menggunakan potongan kertas/plastik yang ditebuk dan dijadikan panduan atau contoh dasar (template).Imej yang terhasil dari permukaan yang dicetak adalah berdasarkan rupa yang ditebuk pada permukaan panduan atau contoh dasar (template).
Antara bahan-bahan cetakan yang digunakan adalah :
  1. Kain sutera saring 
  2. Pemidang 
  3. Imulsi(cecair kimia)
  4. Sekuji(squeege)
  5. Kain atau kertas
  6. Kotak lampu/light box








Sumber:Dipetik daripada buku Ace Ahead

7 comments: